Search This Blog

flower

flower

Wednesday, October 20, 2010

Hati Ini


Ya Allah kenapa hati ini.....
Aku terasa terlalu rindu padanya......

Ya Allah....aku selalu memohon kepada mu.....Agar .....tidak berlaku perpisahan diantara aku dan dia.....tapi kenapa...ianya berakhir dengan perpisahan.....

Ya...Allah....aku selalu memohon pada mu....Agar dibukakan hatinya untuk ku.....tapi...aku....kenapa....tiada ruang untuk ku......

Ya....Allah....aku selalu memohon pada mu....Agar ....dia menjadi teman ku buat selama-lamanya dan hanya ajal dan maut saja yang memisahkan kami.....tapi....yang nyata...kami akan .......

Ya....Allah.....hati ini....yang Allah.....kau yang maha mengetahui......

Jangan biarkan aku sentiasa dalam kerinduan.....

enzo

enzo

Monday, October 18, 2010

Ku cari Bahagia


KU CARI BAHAGIA …
Ku pendamkan perasaan ini…
Ku rahsiakan rasa hati ini…
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi…..
Untukku menghadapi……resahnya hati ini…….
Di hati ini…….hanya Tuhan yang tahu…..
Entah kenapa ya…hati ini tiba-tiba terasa …sayu…aku rasa terlalu rindu akan seseorang……haruskah aku nyatakan…atau aku terus sembunyikan dan rahsiakannya……
Tapi yang aku tahu…..
Hati ini tidak boleh ditipu……..walaupun….aku terus mencuba dan mencuba untuk melupakannya…..dan yang pasti …….sekarang ni…..aku betul-betul merindukan seseorang……
Entah….kemana hilangnya semangat aku…..semua yang aku sentuh dan buat….semua tak menjadi
…………….kertas kerja yang aku harus siapkan aku lontarkan dan aku terus menumbuk meja…..melepaskan geram….Jurnal tesis aku yang aku sayang…..pun aku lontarkan ke dinding……Ya Allah kenapa hati ini…
Kenapa hati ini resah ….gelisah…………yang aku tahu aku akan kehilangan…..tapi aku sendiri tak pasti..
Allah hu Ya Allah…..bantulah hamba mu ini……kau maha mengetahui hati ini…..aku ingin mencari kedamaian yang sejati….tapi haruskah aku kehilangan…
Ya…Allah aku sedar…aku lemah dengan perpisahan ini……. dan aku amat merindui pertemuan itu …Ya…Allah
Bantulah aku……..aku memohon pada mu Ya Allah….jangan biarkan… aku kehilangan dia.

Wednesday, September 15, 2010

Kalaulah


Kalaulah
Dapat aku meluahkan semua isi hati aku
Dapat aku mencurahkan semua yang terpendam dalam lubuk hati ku ini
Dapatkan keluarkan semua yang menghantui fikiran aku selama ini
Dapat aku.....menjerit sekuat hati


Kalaulah
Dia dapat memahaminya
Dia dapat membaca riak rasa
Dia dapat merasainya
Dia menghayatinya
Dia menyelami hati ni

Alangkah Bahagianya Hidup ini

Tapi bagaimana ya.....harus aku mulakan
atau aku terus bergini ....
memandam perasaan....

hilang

Kenapa hati ini resah.....aku macam kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup aku

Aku tak dapat berikan sepenuh tumpuan ku terhadap kerja ku....

Tuesday, September 14, 2010

IKHLAS

KENAPA ya

Keikhlasan selalu dipertikaikan
kenapa....keikhlasan.....sukar difahami
kenapa....keikhlasan.....sukar disampaikan

sukarnya....aku.....dan kenapa dia tak memahaminya

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa dengan aku ni.....tak ada pendiriankah aku ni, orang lemparkan najis kat aku...tapi aku berikan sekuntum bunga. Betul ke tindakan aku ni...mana perginya dendam kesumat yang ada dalam lubuk hati aku ni.

Ya...Allah maha berkuasa....maha pengyang dan pemberi rahmat.....kau telah lindungi aku dari membalas dendam yang terbuku dihati ku ni.....Ya...Allah....kau mengajar aku sesuatu yang tidak terlintas dihati ku selama ni.

Terima Kasih Allah, dibulan yang mulia ni......kau perlihara aku dari melakukan sesuatu yang buruk...

Tapi Allah.....hati ku rasa kehilangan.........mungkinkah aku akan kehilangan insan yang aku sayang.....Ya...Allah aku memohon pada mu....agar jangan kau ambil insan yang aku sayang.....

Monday, August 16, 2010

Hati

Hati ini rasa kehilangan, mungkinkah aku akan kehilangan yang tersayang Ya Allah Kenapa ya...kau kurniakan aku rasa sayang dan kasih...tapi aku tak pula merasai rasa kasih dan sayang daripada dia... Aku saling....dan kerap berpendam rasa

Friday, August 13, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Andai

Andai KASIH itu bukan kerana ALLAH
pasti kebaikan tidak memberi erti dan
Kesilapan kerap disalah erti
Yang pasti hati ini saling dilukai, jiwa ini selalu disakiti
Namun kasih ini dibina kerana Allah….dan yang pasti
Kebaikan dan kesilapan dipandang dengan Mata Hati
Namum kebal jiwanya tak terguris dek rasa gurisan caci
Yang pasti Allah bersama nya
Walau dicemuh insani

Perjalanan manusia penuh dengan lika-liku
Selalu berbeda tanpa batas ruang dan waktu
Kegagalan kadang kala menyakitkan kalbu
Jika tiada pembimbing bagi hati yang pilu

Ketika akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda
Hanya keikhlasanlah yg menolong pedihnya jiwa
Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita
Pasrahkanlah segalanya pada Sang maha Bijaksana

Percayalah bahwa Sang Pencipta maha mengetahui
Sehingga sanubari senantiasa berdzikir tanpa henti
Renungkanlah makna hidup setiap insan di dunia ini
Niscaya kebahagiaan akan merasuk dalam ruang hati

Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan
Karna ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan
Kerinduan akan kebahagiaan selalu didapatkan
Bagi seorang yg berfikir bahwa hidup adalah ujian

Jadilah hamba Allah yang baik saat menyikapi segala cobaan
Sehingga jiwa yang tenang menghampiri nuansa kebahagiaan
Tataplah masa depan melalui doa dalam langkah kemenangan

Monday, August 9, 2010

Pandangan

Kenapa ya....hanya mata saja yang berpandangan dan saling lari dan melarikan.
Kenapa ya....hanya gerak geri saja.....sebagai komunikasi kita...
kenapa ya....Dia masih tak faham atau saling tidak memahami...
Pelikan....
Hanya mata saling berpandangan dan hanya otak saja yang saling mentaksirkan....tapi tiada komunikasi
Dan akhirnya aku.....berterusan dan berterusan bergini....sedangkan dia....tetap bergembir

Friday, August 6, 2010

Susah dan sedih

Susah utk puaskan hati semua orang, sebagai seorang Ketua....kita terpaksa mendokong semua amanah dan arahan yang diberikan

Misalnya..kod etika amalan perubatan, kod etika atau tata-cara berpakaian cara islam dan memastikan semua etika perkhidmatan awam dilaksanakan dan juga lain-lain peraturan yang ada

well....bila kita tegak kan ini...semua orang tak suka....dan kita akan jadi musuh kepada semua anggota yang lain

susah dan sedih

Thursday, August 5, 2010

Creative thingking

Kita selalunya takut dan tak nak semua idea kita dikritik.....bagaimana nak jadi pemikir yang baik

Semua orang ingin berfikiran kreatif. Kreativiti membuatkan kita lebih mencapai keriangan hidup, lebih menarik dan lebih penuh dengan kecemerlangan, tetapi terlalu ramai orang mempercayai bahawa daya cipta atau kreatif adalah sesuatu yang telah ditakdirkan atau telah dilahirkan bersama anda dan tidak boleh dipelajari. Dalam “How to Have Creative Ideas” Edward de Bono – kuasa utama untuk pemikiran kreatif boleh dididik melalui 62 pemainan dan latihan-latihan membawa minda untuk berfungsi secara kreatif, menumpukan pada pemilihan perkataan-perkataan yang rambang terpilih daripada satu senarai, untuk membantu menggalakkan daya cipta, kreativiti dan berfikiran lateral. Semua latihan-latihan dan permainana di dalam buku ini adalah mudah, praktikal dan menyeronokkan, dan boleh dibuat oleh sesiapa.
Kenapa kita selalu disakiti dan menyakiti....dan selalunya kita disakti oleh orang yang kita sayangi.....dan selalunya juga orang yang kita sayangi....tak tahu yang kita sayangkan dia...

Jadi...perkara ini sentiasa berterusan....iaitu sakit dan disakiti dan menyakiti.

Kenapa...ya.....tapi aku takut utk menyatakan rasa sayang itu....

Wednesday, August 4, 2010

Hari Ini 2

Kenapa ya....hari ini aku rasa seperti kehilangan sesuatu....
Hari ini aku sibuk dengan kertas kerja dan perjawatan....aku lari ke Pejabat Pengarah, balik dan pergi lagi....

Tapi...aku rasa kehilangan sesuatu....sesuatu yang aku sayang....Aku teringat Lagu..Yuna...yang sebenarnya....itukah aku....entahlah

Ya...Allah berilah aku Kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini dan Jangan Kau Ambil kesayangan ku...ya Allah aku mohon dari mu

Sesungguhny aku Hamba Mu yang lemah.....jangan kau ambil dia dari Ku....

Fitnah dan Memfitnah


Ya.....dunia tak habis dengan fitnah....orang yang memfitnah mempunyai motif atau tujuan tertentu...tapi yang tentu tujuannya adalah untuk menjatuh dan menjatuhkan atau dengki atau disebabkan perasaan cemburu.

Aku teringkat....kira-kira lebih 30 tahun yang dulu....semasa aku berumur 10 tahun. Aku difitnah oleh rakan baik aku sendiri.....Azlan. Puncanya kerana sebilah pisau lipat yang aku baru beli ....harga cuma $1.20.....dulu tak panggil RM tapi $(ringgit). Masa itu aku baru beli pisau lipat...dari duit tabung aku....kerana...aku masuk Kumpulan Pengangkap (BOY SCOUT) dan aktiviti perkemahan akan diadakan pada hujung minggu (cuti sekolah penggal pertama)....so pisau yang aku baru beli tu....aku tunjukkan pada kawan baik aku....Azlan....tapi nak dijadikan cerita.....dia tak puas hati....kerana aku tak bagi dia pinjam.....aku tak bagi pinjam kerana aku sayang...sebab baru beli.....so....dia balik sambil menangis....dan beritahu emak dia....aku cucuk dia dengan pisau....Apa lagi emak dia pun serang emak aku kat rumah....Emak aku geram.....dia suruh adik aku panggil aku balik rumah....masa tu aku ada dalam semak....nak test pisau baru.....aku yang tak tahu apa...terus balik.....sampai rumah belum apa-apa....emak aku terus tarik telinga aku.....dan heret aku kerumah kawan baik aku....si Azlan tu.....cuba bayangkan.....rasanya nak terasa putus telinga aku kena tarik......aku tak sempat berkata apa-apa....sampai di rumah kawan aku......emak aku panggil emak kawan aku tu...lepas tu yang aku ingat.....aku kena sebat bertalu-talu dengan bulu ayam....sampai habis bulu ayam dan rotan bulu ayam.....cuba bayangkan....aku rasa lebih dari 100 kali.....yang aku dapat buat menangis.....kaki, peha dan tangan aku habis.....sampai bengkak-bengkak.....aku nak mandi pun pedih dan sakit sebab luka dan kulit aku pecah-pecah.....

Lepas itu aku terus balik dan duduk disudut....rumah aku....tak bergerak-gerak...takut.....tak makan sampai petang esoknya.....

Disebabkan fitnah.....badan, kaki dan tangan aku habis .....melecet dan luka kena rotan.....kepala aku pun...teruk..lebam-lebam.....sampai sekarang jari kelengking aku tak rapat....

Itulah ...kesan fitnah yang melanda diri aku semasa berumur 10 tahun......semenjak tu dunia aku.....hanya rumah dan sekolah.....keluar pun ke Surau dan Kedai dan balik ke rumah.....dan rakan-rakan aku hanya rakan-rakan di sekolah saja dan bukan di kawasan kampung aku...semenjak itu juga aku tak bertegur sapa dengan si Azlan tu....

dan selepas 30 Tahun....sekali lagi aku difitnah.....aku difitnah oleh....staff aku sendiri....dan penasihatnya adalah.....bekas Penyelia Klinikal aku (masa aku buat clinical posting)......Terukkan dunia ni.....

Tapi kali ini fitnah....yang aku hadapi ni lebih teruk dan memberikan impact kepada moral dan reputasi aku....sebagai Ketua

Semua nya berpunca dari isu.....Jr Vs Sr......Routine Vs Competence.......Bijaksana Vs Kejahilan

Atau suka dengan ungkapan yang dikatakan oleh Boss aku (Dr. Raj)....orang Bijaksana...selalu mengaku tak tahu......dan Orang yang Bodoh saja ....selalu mengaku tahu atau serba tahu....

Tak palah....nanti sambung pada bahagian ke dua

Thursday, July 22, 2010

Sayu


Kenapa ya...Hari ini hati aku terasa terlalu sayu....sedih.....rasa dipinggirkan....rasa keseorangan......

Aku rasa betul-betul keseorangan, tanpa rakan-rakan dan teman yang sudi berbincang semua masalah....Tidak seperti aku di KSKB dulu.........kawan-kawan baik aku disekeliling pinggang.........dan ramai yang sudi menolong dan saling menolong....tapi disini....aku keseorangan

Aku jadi takut.....takut akan difitnah dan difitnah lagi......dengan semua tuduhan yang liar....yang aku tak pernah terfikir pun.

Aku harap sangat....adanya sokongan daripada ext student aku.....tapi hampa belaka.
Satu-satunya orang yang dapat bantu aku....disini pun dah mula jauhkan diri....sayu aku....dulu dia orang dalam kesusahan dan kesempitan....akulah orang pertama hulurkan tangan untuk membantu.....tapi sekarang bila aku dalam kesempitan...dia buat tak tahu aje....

entahlah.....Allah dah tentukan nasib aku macam ni.....dulu selalu disanjung...tapi sekarang jadi bahan kutukan.

Wednesday, July 14, 2010

Rindu

Mengapa hati ini terasa rindu...
Aku terasa kehilangan....

Friday, July 2, 2010

Fitnah

FITNAH

Pernahkah kita mendengar salah seorang dari kita mengucapkan suatu ungkapan yang berbunyi “Fitnah lebih kejam dari pembunuhan”. Tentu dalam benak kita yang muncul dalam tafsiran kita adalah menuduh tanpa bukti adalah perbuatan yang lebih kejam dari melakukan pembunuhan. Padahal kalau mau kita telaah lebih lanjut, makna sebenarnya dari ungkapan tersebut –yang diambil dari salah satu firman Allah Ta’ala- bukanlah seperti itu. Nah, untuk lebih lanjut mengetahui beberapa makna kata fitnah tersebut berikut saya tuliskan ulang sebuah artikel tulisan Ustadz Abu Umar Basyier di Majalah Nikah Volume 7 nomor 03 ( 15 Juni-15 Juli 2008 )

Wednesday, June 23, 2010

Hari ini

Hari ini aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
Yang penting aku cuba mengenal diri, aku keluar dari dunia akademik dengan satu matlamat. Iaitu untuk membantu profession aku agar dapat dimajukan dan dipandang tinggi.

Aku ditempatkan di Satu Hospital yang mula dibuka secara rasmi pada tahun 1968...dah lama. Kalau aku berfikiran negatif dan buruk.........aku boleh anggapkan semua Staff nya pun sama macam hospital ini. Lama dan berfikiran lama........tapi tak semua. Aku respect kat Pengarah dan Kumpulan Pengurusan tertinggi dan Boss aku....yang berfikir jauh kedepan.......apa yang orang tua kata "mendengkah arus" dengan satu matlamat, iatu membuat pembaharuan.

Tapi yang aku nampak....dah lebih setahun aku disini dan dilantik sebagai Ketua Unit, aku dapati Majoriti staff aku berfikiran sempit, semua dalam takuk yang lama, berfikiran macam katak bawah gelas, tidak mengaku kelemahan diri dan terlalu bangga dengan pencapaian yang dilakukan....TAPI bila aku buat SWOC ANALYSIS........aku dapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki.......aku pernah berbincang dengan panjang lebar dengan Pengarah Aku. Aku masih ingat dengan Perkataan Confirm Zon....bila kita dah masuk dalam Confirm Zon....maka kita akan takut dengan perubahan. Walaupun kita sedar....perubahan itu demi kebaikan.......tapi itulah yang berlaku.

Aku cuba dengan perlbagai pendekatan dan akhirnya dengan cara Authorian....tapi yang dapat BALA....aku sendiri.
Sekarang aku difitinah dengan pelbagai Fitnah yang aku tidak lakukan atau terlintas untuk aku lakukan.

Aku kena jawab semua fintnah yang dilontarkan kerana mereka hantar kepada pengarah dan pengurusan.........Aku Sedih, aku Malu dan Putus Asas.

Aku rasa lebih sedih, Bekas Student aku pun tak sokong aku.
Student yang paling banyak aku tolong dan didik dan yang paling aku sayang pun dah berpaling tadah.........Teringat aku dengan tulisan Prof Kamil Ibrahim.......

Ya....Allah, aku tiada kepentingan selain daripada ingin melihat profesion berkembang maju dan dihormati

wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa dan mengapa

Pelik dan pelik lagi dengan perangai-perangai manusia-manusia yang ada disekeliling aku ni.

Tapi aku pelik dan terus berfikir, kenapa dia selalu bertindak negatif.....!

Monday, June 21, 2010

Refleksi III

Lama aku berdiri sambil membelik-belik buku di sebuah Kedai Buku di Kompleks Bandar Baru Bangi

Aku terpandang buku Dr. Fazilah Kamsah....bertajuk pemimpin berkarisma.......sempat juga akan baca sedikit.........nanti aku bercadang nak beli

........karisma dan pemimpin.....laksana....cahaya dan Lampu, kata Dr. Fazilah Kamsah

puas aku fikir.......sambil aku drive balik pn aku berfikir........apa itu cahaya dan lampu........aku cuba menganalisa secara mendalam dan saintifik

........yang aku boleh fikir....Bila kita On suis lampu....kita akan diterangi dengan cahaya dan lepas itu kita lupa.....peranan yang dimainkan oleh lampu...hairan ya.....aku fokus pada diri aku sendiri.........tapi aku cuba refleks terhadap perkataan karisma...yang dicakap oleh Dr. Fadzilah tu........pening aku.


Tapi aku terbaca juga.........KERJA tanpa perancangan seumpama angan-angan dan kerja dengan perancangan itulah matlamat dan bermatlamat.....pening aku fikirkan.

Bukan aku tak tahu jawapannya tapi....cuba menganalisa diri....mengenal kelemahan dan kekuatan diri.........selama ni aku rasa aku yang terbaik...

Tapi ramai yang tak suka.......termasuk bekas-bekas student aku.....

Ya Allah....berilah aku kekuatan dan kebijaksanan....untuk menghadapi semua ini...terutama semua fitnah yang dilemparkan kepada aku.....semua yang aku tak pernah buat.

Yang aku tahu....Aku sayang student aku....aku nak bimbing mereka jadi yang terbaik

Itulah saham aku untuk kemudian hari

wassalam

Monday, June 14, 2010

Fitnah dan memfitnah, kenapa ya....
Kenapa dan mengapa kita harus fitnah dan menfitnah, semata-mata kerana status dan keselesaan.

Entahlah....selalunya kita takut dan tidak mahu dengan perubahan. Kebiasaannya juga orang yang melakukan perubahan menjadi mangsa kepada keadaan.

Yang nyata akulah yang menjadi mangsa.....aku cuba mengubah sesuatu yang baik dan selesa kepada yang lebih baik dan lebih selesa. Tapi akhirnya aku menjadi mangsa kepada mereka dan aku difintah dengan sesuatu yang aku tak buat dan tak niat aku nak buat.

Aku cuma pentingkan "Core Business" sebab dalam semua hal....setiap kali mesyuarat aku akan dipasakkan atau sentiasa diingatkan oleh Boss aku mengenai kepentingan Core Business dan kepenting perkhidmatan. Oleh itu aku pentingkan dan sedarkan semua staff-staff aku megenai "Daily Routine", "Routine", "Experince", "skill" and "Competence". Aku pentingkan compentence sebab, bila kita kerja berkaitan dengan competence - ia berkaitan rapat dengan "application of Clinical Reasoning" dan "Evidence Base".

Ini lah yang selalu kita silap.....dan akhirnya aku menjadi mangsa....mangsa fitnah dan memfitnah...."Ya Allah.....tunjukan aku jalan yang benar lagi lurus, Ya Allah tiada upaya aku melainkan menandah tangan memohon dari mu keampuanan dan petunjuk...

Tiada aku berniat untuk menunjuk-nunjuk....

wassalam

Wednesday, May 19, 2010

Ampunkan Aku

Perubahan sebenarnya bergantung kepada definasi dan persepsi seseorang. Kadang-kala kita definasikan perubahan ini sebagai negative kerana….kita berfikir secara negative dan kadang-kala positif, kerana kita berfikir secara positif.
Dan…selalunya kita kerap berfikir secara negative, walaupun tujuan dan matlamatnya adalah baik sebab kita bias terhadap diri kita…
Dan …selalu juga …kita selalu mengada-adakan cerita dan tokok tambah….sesuatu benda…agar yang negative…kelihatan lebih…negative
Ya….Allah…aku mohon ampun dengan seikhlasnya…..aku banyak melakukan kesilapan….dan aku mohon perlindungan dari mu….Ya….Allah…..terhadap semua tuduhan…..yang aku tidak lakukan….aku mohon dari mu …..Ya….Allah…………..

Thursday, May 6, 2010

Aku dikianati

Ya....Allah kau maha mengetahu lagi maha penyayang....hari ini aku diuji lagi, kali ini dengan fitnah.....aku difintah dengan perkara-perkara yang aku tak buat dan malah tidak terlintas dihati ni utk buat....

Ya....kau bantulah aku, kurniakan aku kekuatan dan kebijaksanaan,,,agar dapat aku atasi fintah dan musibah yang aku alami ini dengan penuh bijak sana dan hikmah..

Ya...Allah tiada upaya ku...ya ...Allah melainkan memohon dari mu yang Allah

Sunday, May 2, 2010

Terbang


TERBANG
Dongaklah ke langit
Jangan takut
Akan sengit
Sebarkanlah sayap mu
Kita terjah awan biru
Bila awan biru jadi kelam
Atau langit jadi malam
Jangan khhuatir
Akut takkan pernah pinggir
Aku tunjuk jalan kamu
Tunjuk jalan aku
Yakinlah
Jangan pernah menyerah
Kerana janjiku takkan mengalah

Saturday, May 1, 2010

dalam kenangan

Lagu ini ingatkan kau semasa belajar di Asasi Sains Univeristi Malaya

Tuesday, April 27, 2010

cabaran

Cabaran demi cabaran mendapat....orang kata dengan cabaran dapat mematangkan kita...betul....hanya Allah tempat aku bergantung....tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kekadanga aku sering bertanya....kenapa aku diberikan pelbagai cabaran dan cabaran...daripada cabaran ditempat kerja, rumah, perseitaran mahu pun dengan emosi aku....aku sedih...tiada insan berhati mulia yang membantu

dia....dan dia...terus membisu, haruskah aku terus bergini...entah lah

Ya Allah berikan aku kekuatan

Pasrah


Adakah aku harus pasrah dengan ketentuan illahi atau atau terus berusaha dan berdoa, agar hatinya terbuka untuk ku....
Ya Allah bantulah aku.....aku tidak mahu kehilangannya,....Ya....Allah jangan kau pisahkan aku darinya....aku mohon dengan sepenuh hati

Monday, April 26, 2010

Kenangan Terindah


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Ya Allah bantulah aku

Sedih

Rasa sedih dihari ini.
Orang yang aku sayangi buat tak tahu aje...aku perlukan perhatian...tapi inilah nasib aku...haruskan aku berterusan bergini

Aku hanya bertepuk sebelah tangan aje....aku betul-betul pening pasal dia, tapi dia buat tak tahu aje...

Ya..Allah bantulah aku....bukankan hatinya, lembutkan hatinya dan gerakkan hatinya...agar dia memahami aku dan perasaan aku...

Sunday, April 25, 2010

Pelikkan


selalunya apa yang kita harapkan tak menjadi dan selalunya berlaku sebaliknya...
tapi yang mmenjadi penasaran adalah aku....petualang

Yang tidak dikenang dan kedatangan tidak dijemput tapi hanya mengharapkan belas kasih orang. itu pun tiada yang sudi....dan aku akan terus bergini mengharapakan dengan seribu harapan...agar kasih ini berbalas....dan satu pegagangan ku...Allah yng esa

Friday, April 23, 2010

kenapa aku bertindak negatif


Hari ini aku bertindak negatif, aku cuba untuk menjauhkan diri dan kalau boleh hari ini aku tak nak berjumpa dengannya. Tapi aku jumpa juga dan aku bertindak negatif...aku sangat mengharapkan dia bertindak sebaliknya...tapi dia juga bertindak negatif ...malah menyakitkan hati juga.

Adakah dia saja buat aku tertanya-tanya atau saja untuk menujikan ataupun sememangany dia tak suka akan aku dan aku bertepok sebelah tangan saja.

Aku pening....aku benci tapi rindu....aku menyempah tapi sayang...tapi dia macamana ya...

Ah..Allah bantulah aku...buka, lembut dan gerakkan hatinya agar dia menyayangi, mengasihi dan mencintai aku dan jadikan dia isteri ku dunia dan akhirat....amin

Wednesday, April 21, 2010

Perjalanan ini


Ya...Perjalanan ini seumpama roda yang berpusing. Kadang-kadang atas, tepi, bawah dan juga kadang-kadang diatas semula. Tapi macam tayar kereta yang tak dibuatkan aligment daan balancing. Bergetar dan bergoyang....bukan saja membuatkan tayar makan tak sekata atau beralun tapi juga membahayakan pemandu dan penenumpang.
Tapi itulah sebenarnya kehidupan.....kita sentiasa perlu di service agar tidak terbabas daripada landasan yang telah diaturkan

Tapi aku....terus dengan masalah demi masalah.

Orang yang aku sayang terus dan terus membisu.....dan aku terus merana dan sensara

Ya....Allah, bukakan, lembutkan dan gerakan hati orang yang aku sayangi...agar dia dapat memahami yang aku kasih dan sayangnya dan janganlah kau hampakan harapan ku.
Sesungguhnya tiada daya ku hanya menandah tangan memohon dari mu....amin

Cukuplah


Cukuplah…
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku…
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku…
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah…

Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup kemarin kutinggalkan
kelamku…
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

Sunday, April 18, 2010

kenangan

kadang-kadang aku ambil tindakan yang drastik
Aku saya menyakitkan hati dia, bertujuan untuk mendapatkan perhatian tapi sebaliknya. Menyesalnya tapi apakan daya....

Tapi tak apalah, biar aku berdoa pada Allah agar, Allah dapat membantu ku menyedarkannya. Semoga dia faham aku Sayang dan Kasihkanya.

Thursday, April 15, 2010

Kekadang

Kekadang kita perlukan sesorang yang mendengar apa-apa yang hendak kita suarakan dan kekadang kita bercakap dengan dinding lagi bagus daripada kita cakap dengan mereka-merka yang berhati batu

sebab dinding pun mahaluk allah...senitas berzikir

Hari ini


kenapa ya....hari ini aku rasa sedih sekali, aku rasa kesepian dan keseorangan
Hari ini aku ambil tindakan yang agak drastik, aku ambil borang transfer dan aku isi. Lepas itu jumpa Boss aku....aku cakap aku nak tukar ke KL

Tapi hati kecil aku kata....tindakan aku melulu....aku ambil tindakan kerana jauh hati dengan seseorang dan ingin lari daripada nya....tapi pada hakikatnya..aku sayangkannya dan kalau boleh aku tak nak berpisah dengan nya

Tapi....aku siksa diri aku sebenarnya

Tak apalah aku berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya...agar dia faham aku tiada berniat jahat pada nya....tapi ingin sangat agar dia berubah menjadi lebih baik dan ingin sekali aku mengiring kehidupanya sampai akhir hayat...

Tapi hati dia betul-betul keras dan tak memahamai apa yang aku lakukan
Ya Allah bantulah aku, hilangka kesedihan yang aku alami ini dan gantikan degngan kegembiraan dan jangan kau pisahkan aku dengan dia

wassalam

Wednesday, April 14, 2010

kenapa

Kenapa
dia tak memahami atau saja tak nak memahami. entalah lah
betul juga kata punjangga inggeris

Maybe … giving someone all your love is never an assurance that they will
love you back. Don't expect love in return; just wait for it to grow in
their heart; but, if it doesn't, be content that it grew in yours.

Wednesday, April 7, 2010

cinta dan dicintai

pada umumnya kita sentiasa perlu mencintai dan dicintai. tapi kenapa ya....dunia cinta yang dikata manis itu sentiasa kejam....sentiasa melukai dan dilukai...pelikkan.

ada kata...macam makan sambal belacan lagi pedas lagi sedap....pelikan

pada umumnya dunia percintaan boleh dibahagikan kepada beberapa fasa

Fasa awal....penuh kemanisan dan pahit dan amat melukakan........terutama jika pasangan yang jual amat mahal......kita sensara dibuatnya
sekarang akan betul-betul berada di fasa ni.....aku betul-betul sensara....betul macam lagu salim....benci tapi rindu.....hidup aku penuh dengan teka-teki....kadang kala....gembira dan sedih

Saturday, April 3, 2010

Benci tapi Rindu

entahlah...kenapa aku rasa sayang pada dia...
dan aku...sebenarnya.....jatuh hati.....tapi...hanya seorang diri aje..

Akukah yg dinamakan petualang

Entahlah,
Kadang kala bila aku buat sesuatu untuk kebaikan bersama, selalunya disalah ertikan. Ada yang kata aku hipokrit, ego dan macam-macam lagi.
Tapi sebenarnya aku sebagai Pengurus, aku tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

Aku sedaya upaya menjalankan tugas dengan sempurna, tapi selalu disalah ertikan

Tuesday, March 23, 2010


hipokrit

kenapa ya...
Aku selalu dikelilingi oleh manusia-manusia yang hipokrit, yang suka menunjukkan dia tahu atau serba serbi tahu, tapi sebenarnya tak tahu dan suka sibuk (penyibuk) dengan urusan orang lain.

Masalahnya.....semua kepututsan yang dibuat tidak betul dan banyak melibatkan diri aku. Dan aku yang kena bertanggung-jawab untuk menyelesaikan semua perkara yang terjadi....mengapa ya....

Dan selalu juga individu yang terlibat itu adalah orang yang aku sayangi....Ya Allah kenapa kau uji aku dengan keadaan macam ini.

Kenapa ya....Adakah dia tak faham atau tidak terlintaskah difikiranya semua akibat daripada tindakan yang dia ambil

Aku sayangkan dia....tapi aku geram dengan sikap hipokrit yang ditunjukkan

Ya...Allah.....bukakan, lembutkan dan gerakan hatinya serta bukakan fikirannya agar dia memahami mengapa dan kenapa aku lakukan ini dan beritahu dia, aku sayangkannya.

Monday, March 22, 2010

Adam and Hawa

Woman was made from the ribs of Adam (man),
Seh was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be closed to him,
From beneath his arm to be protected by him.
Near his heart to be loved by him.....

But we (man) always be hurt by she....who are loved by man

Pelikkan dunia ni, sentiasa disakiti oleh yang tersayang.......
Adakah dia faham atau buat saja tak faham....
Pening---

Saturday, March 20, 2010

ari ini

Hari ini, aku kecik hati sangat..
dia buat tak tahu aje....akan cuba macam-macam cara utk tambat hati dia...tapi dia jual mahal sangat

Tak apalah....aku akan doakan untuk dia
Agar di terbuka hatinya dan lembutkan hatinya terhadap aku

Semoga Allah gerakkan hatinya.
Aku betul-betul berniat baik terhadapnya....aku ingin dia jadi teman hidup

entahlah....selalunya kita kerap disakiti oleh orang yang kita sayang...kenapa ye?

Monday, March 15, 2010

Jauh Hati

Hari ini, aku jauh hati dgn yg tersayang.
Adakah dia tahu, yang aku sayangkannya atau dia saja buat-buat tak tahu.
Aku....tension....dia betul-betul buat aku dalam delema

Ya...Allah, bukakan, lembutkan dan gerakan hatinya, agar dia dapat menyanyangi, mengasihi dan mencintai diri ku ini...Amin

Saturday, March 13, 2010

Refleksi

Susah bila kita nak membetulkan sesuatu yang biasa dan membiasakan sesuatu yang ternyata betul atau ada kebenarannya.

Kita, biasanya akan dilebelkan sebagai Trouble Maker (sebagai penimbul masalah), wal hal sebenarnya cuba untuk menjadi trouble shooter.

Pelikkan dunia hari ini, merea lebih suka kita sama-sama sesat dan hanyut dan hidup tanpa satu matlamat yang jelas.

Atau mereka pula, hidup kita ini sentiasa ada atau dibatasi oleh undang-undang dan peraturan, mereka ini juga jelas keliru dengan tujuan Alouran dan Sunnah serta rasul dan nabi yang diutuskan.

Entahlah, aku sendiri keliru. Cuba menjadi yang terbaik tapi jadi yang terbalik.
Orang yang akan sayangi pun....tak faham, tapi aku takut dia akan sesat lebih jauh...tapi aku takut....nak tegur, yang boleh hanya menadah tangan minta dari Allah...agar insan yang aku sayangi tidak tersesat dan diberi pertunjuk...