Search This Blog

flower

flower

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa dengan aku ni.....tak ada pendiriankah aku ni, orang lemparkan najis kat aku...tapi aku berikan sekuntum bunga. Betul ke tindakan aku ni...mana perginya dendam kesumat yang ada dalam lubuk hati aku ni.

Ya...Allah maha berkuasa....maha pengyang dan pemberi rahmat.....kau telah lindungi aku dari membalas dendam yang terbuku dihati ku ni.....Ya...Allah....kau mengajar aku sesuatu yang tidak terlintas dihati ku selama ni.

Terima Kasih Allah, dibulan yang mulia ni......kau perlihara aku dari melakukan sesuatu yang buruk...

Tapi Allah.....hati ku rasa kehilangan.........mungkinkah aku akan kehilangan insan yang aku sayang.....Ya...Allah aku memohon pada mu....agar jangan kau ambil insan yang aku sayang.....

Monday, August 16, 2010

Hati

Hati ini rasa kehilangan, mungkinkah aku akan kehilangan yang tersayang Ya Allah Kenapa ya...kau kurniakan aku rasa sayang dan kasih...tapi aku tak pula merasai rasa kasih dan sayang daripada dia... Aku saling....dan kerap berpendam rasa

Friday, August 13, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Andai

Andai KASIH itu bukan kerana ALLAH
pasti kebaikan tidak memberi erti dan
Kesilapan kerap disalah erti
Yang pasti hati ini saling dilukai, jiwa ini selalu disakiti
Namun kasih ini dibina kerana Allah….dan yang pasti
Kebaikan dan kesilapan dipandang dengan Mata Hati
Namum kebal jiwanya tak terguris dek rasa gurisan caci
Yang pasti Allah bersama nya
Walau dicemuh insani

Perjalanan manusia penuh dengan lika-liku
Selalu berbeda tanpa batas ruang dan waktu
Kegagalan kadang kala menyakitkan kalbu
Jika tiada pembimbing bagi hati yang pilu

Ketika akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda
Hanya keikhlasanlah yg menolong pedihnya jiwa
Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita
Pasrahkanlah segalanya pada Sang maha Bijaksana

Percayalah bahwa Sang Pencipta maha mengetahui
Sehingga sanubari senantiasa berdzikir tanpa henti
Renungkanlah makna hidup setiap insan di dunia ini
Niscaya kebahagiaan akan merasuk dalam ruang hati

Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan
Karna ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan
Kerinduan akan kebahagiaan selalu didapatkan
Bagi seorang yg berfikir bahwa hidup adalah ujian

Jadilah hamba Allah yang baik saat menyikapi segala cobaan
Sehingga jiwa yang tenang menghampiri nuansa kebahagiaan
Tataplah masa depan melalui doa dalam langkah kemenangan

Monday, August 9, 2010

Pandangan

Kenapa ya....hanya mata saja yang berpandangan dan saling lari dan melarikan.
Kenapa ya....hanya gerak geri saja.....sebagai komunikasi kita...
kenapa ya....Dia masih tak faham atau saling tidak memahami...
Pelikan....
Hanya mata saling berpandangan dan hanya otak saja yang saling mentaksirkan....tapi tiada komunikasi
Dan akhirnya aku.....berterusan dan berterusan bergini....sedangkan dia....tetap bergembir

Friday, August 6, 2010

Susah dan sedih

Susah utk puaskan hati semua orang, sebagai seorang Ketua....kita terpaksa mendokong semua amanah dan arahan yang diberikan

Misalnya..kod etika amalan perubatan, kod etika atau tata-cara berpakaian cara islam dan memastikan semua etika perkhidmatan awam dilaksanakan dan juga lain-lain peraturan yang ada

well....bila kita tegak kan ini...semua orang tak suka....dan kita akan jadi musuh kepada semua anggota yang lain

susah dan sedih

Thursday, August 5, 2010

Creative thingking

Kita selalunya takut dan tak nak semua idea kita dikritik.....bagaimana nak jadi pemikir yang baik

Semua orang ingin berfikiran kreatif. Kreativiti membuatkan kita lebih mencapai keriangan hidup, lebih menarik dan lebih penuh dengan kecemerlangan, tetapi terlalu ramai orang mempercayai bahawa daya cipta atau kreatif adalah sesuatu yang telah ditakdirkan atau telah dilahirkan bersama anda dan tidak boleh dipelajari. Dalam “How to Have Creative Ideas” Edward de Bono – kuasa utama untuk pemikiran kreatif boleh dididik melalui 62 pemainan dan latihan-latihan membawa minda untuk berfungsi secara kreatif, menumpukan pada pemilihan perkataan-perkataan yang rambang terpilih daripada satu senarai, untuk membantu menggalakkan daya cipta, kreativiti dan berfikiran lateral. Semua latihan-latihan dan permainana di dalam buku ini adalah mudah, praktikal dan menyeronokkan, dan boleh dibuat oleh sesiapa.
Kenapa kita selalu disakiti dan menyakiti....dan selalunya kita disakti oleh orang yang kita sayangi.....dan selalunya juga orang yang kita sayangi....tak tahu yang kita sayangkan dia...

Jadi...perkara ini sentiasa berterusan....iaitu sakit dan disakiti dan menyakiti.

Kenapa...ya.....tapi aku takut utk menyatakan rasa sayang itu....

Wednesday, August 4, 2010

Hari Ini 2

Kenapa ya....hari ini aku rasa seperti kehilangan sesuatu....
Hari ini aku sibuk dengan kertas kerja dan perjawatan....aku lari ke Pejabat Pengarah, balik dan pergi lagi....

Tapi...aku rasa kehilangan sesuatu....sesuatu yang aku sayang....Aku teringat Lagu..Yuna...yang sebenarnya....itukah aku....entahlah

Ya...Allah berilah aku Kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini dan Jangan Kau Ambil kesayangan ku...ya Allah aku mohon dari mu

Sesungguhny aku Hamba Mu yang lemah.....jangan kau ambil dia dari Ku....

Fitnah dan Memfitnah


Ya.....dunia tak habis dengan fitnah....orang yang memfitnah mempunyai motif atau tujuan tertentu...tapi yang tentu tujuannya adalah untuk menjatuh dan menjatuhkan atau dengki atau disebabkan perasaan cemburu.

Aku teringkat....kira-kira lebih 30 tahun yang dulu....semasa aku berumur 10 tahun. Aku difitnah oleh rakan baik aku sendiri.....Azlan. Puncanya kerana sebilah pisau lipat yang aku baru beli ....harga cuma $1.20.....dulu tak panggil RM tapi $(ringgit). Masa itu aku baru beli pisau lipat...dari duit tabung aku....kerana...aku masuk Kumpulan Pengangkap (BOY SCOUT) dan aktiviti perkemahan akan diadakan pada hujung minggu (cuti sekolah penggal pertama)....so pisau yang aku baru beli tu....aku tunjukkan pada kawan baik aku....Azlan....tapi nak dijadikan cerita.....dia tak puas hati....kerana aku tak bagi dia pinjam.....aku tak bagi pinjam kerana aku sayang...sebab baru beli.....so....dia balik sambil menangis....dan beritahu emak dia....aku cucuk dia dengan pisau....Apa lagi emak dia pun serang emak aku kat rumah....Emak aku geram.....dia suruh adik aku panggil aku balik rumah....masa tu aku ada dalam semak....nak test pisau baru.....aku yang tak tahu apa...terus balik.....sampai rumah belum apa-apa....emak aku terus tarik telinga aku.....dan heret aku kerumah kawan baik aku....si Azlan tu.....cuba bayangkan.....rasanya nak terasa putus telinga aku kena tarik......aku tak sempat berkata apa-apa....sampai di rumah kawan aku......emak aku panggil emak kawan aku tu...lepas tu yang aku ingat.....aku kena sebat bertalu-talu dengan bulu ayam....sampai habis bulu ayam dan rotan bulu ayam.....cuba bayangkan....aku rasa lebih dari 100 kali.....yang aku dapat buat menangis.....kaki, peha dan tangan aku habis.....sampai bengkak-bengkak.....aku nak mandi pun pedih dan sakit sebab luka dan kulit aku pecah-pecah.....

Lepas itu aku terus balik dan duduk disudut....rumah aku....tak bergerak-gerak...takut.....tak makan sampai petang esoknya.....

Disebabkan fitnah.....badan, kaki dan tangan aku habis .....melecet dan luka kena rotan.....kepala aku pun...teruk..lebam-lebam.....sampai sekarang jari kelengking aku tak rapat....

Itulah ...kesan fitnah yang melanda diri aku semasa berumur 10 tahun......semenjak tu dunia aku.....hanya rumah dan sekolah.....keluar pun ke Surau dan Kedai dan balik ke rumah.....dan rakan-rakan aku hanya rakan-rakan di sekolah saja dan bukan di kawasan kampung aku...semenjak itu juga aku tak bertegur sapa dengan si Azlan tu....

dan selepas 30 Tahun....sekali lagi aku difitnah.....aku difitnah oleh....staff aku sendiri....dan penasihatnya adalah.....bekas Penyelia Klinikal aku (masa aku buat clinical posting)......Terukkan dunia ni.....

Tapi kali ini fitnah....yang aku hadapi ni lebih teruk dan memberikan impact kepada moral dan reputasi aku....sebagai Ketua

Semua nya berpunca dari isu.....Jr Vs Sr......Routine Vs Competence.......Bijaksana Vs Kejahilan

Atau suka dengan ungkapan yang dikatakan oleh Boss aku (Dr. Raj)....orang Bijaksana...selalu mengaku tak tahu......dan Orang yang Bodoh saja ....selalu mengaku tahu atau serba tahu....

Tak palah....nanti sambung pada bahagian ke dua