Search This Blog

flower

flower

Wednesday, June 23, 2010

Hari ini

Hari ini aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
Yang penting aku cuba mengenal diri, aku keluar dari dunia akademik dengan satu matlamat. Iaitu untuk membantu profession aku agar dapat dimajukan dan dipandang tinggi.

Aku ditempatkan di Satu Hospital yang mula dibuka secara rasmi pada tahun 1968...dah lama. Kalau aku berfikiran negatif dan buruk.........aku boleh anggapkan semua Staff nya pun sama macam hospital ini. Lama dan berfikiran lama........tapi tak semua. Aku respect kat Pengarah dan Kumpulan Pengurusan tertinggi dan Boss aku....yang berfikir jauh kedepan.......apa yang orang tua kata "mendengkah arus" dengan satu matlamat, iatu membuat pembaharuan.

Tapi yang aku nampak....dah lebih setahun aku disini dan dilantik sebagai Ketua Unit, aku dapati Majoriti staff aku berfikiran sempit, semua dalam takuk yang lama, berfikiran macam katak bawah gelas, tidak mengaku kelemahan diri dan terlalu bangga dengan pencapaian yang dilakukan....TAPI bila aku buat SWOC ANALYSIS........aku dapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki.......aku pernah berbincang dengan panjang lebar dengan Pengarah Aku. Aku masih ingat dengan Perkataan Confirm Zon....bila kita dah masuk dalam Confirm Zon....maka kita akan takut dengan perubahan. Walaupun kita sedar....perubahan itu demi kebaikan.......tapi itulah yang berlaku.

Aku cuba dengan perlbagai pendekatan dan akhirnya dengan cara Authorian....tapi yang dapat BALA....aku sendiri.
Sekarang aku difitinah dengan pelbagai Fitnah yang aku tidak lakukan atau terlintas untuk aku lakukan.

Aku kena jawab semua fintnah yang dilontarkan kerana mereka hantar kepada pengarah dan pengurusan.........Aku Sedih, aku Malu dan Putus Asas.

Aku rasa lebih sedih, Bekas Student aku pun tak sokong aku.
Student yang paling banyak aku tolong dan didik dan yang paling aku sayang pun dah berpaling tadah.........Teringat aku dengan tulisan Prof Kamil Ibrahim.......

Ya....Allah, aku tiada kepentingan selain daripada ingin melihat profesion berkembang maju dan dihormati

wassalam

No comments:

Post a Comment