Search This Blog

flower

flower

Wednesday, June 23, 2010

Hari ini

Hari ini aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
Yang penting aku cuba mengenal diri, aku keluar dari dunia akademik dengan satu matlamat. Iaitu untuk membantu profession aku agar dapat dimajukan dan dipandang tinggi.

Aku ditempatkan di Satu Hospital yang mula dibuka secara rasmi pada tahun 1968...dah lama. Kalau aku berfikiran negatif dan buruk.........aku boleh anggapkan semua Staff nya pun sama macam hospital ini. Lama dan berfikiran lama........tapi tak semua. Aku respect kat Pengarah dan Kumpulan Pengurusan tertinggi dan Boss aku....yang berfikir jauh kedepan.......apa yang orang tua kata "mendengkah arus" dengan satu matlamat, iatu membuat pembaharuan.

Tapi yang aku nampak....dah lebih setahun aku disini dan dilantik sebagai Ketua Unit, aku dapati Majoriti staff aku berfikiran sempit, semua dalam takuk yang lama, berfikiran macam katak bawah gelas, tidak mengaku kelemahan diri dan terlalu bangga dengan pencapaian yang dilakukan....TAPI bila aku buat SWOC ANALYSIS........aku dapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki.......aku pernah berbincang dengan panjang lebar dengan Pengarah Aku. Aku masih ingat dengan Perkataan Confirm Zon....bila kita dah masuk dalam Confirm Zon....maka kita akan takut dengan perubahan. Walaupun kita sedar....perubahan itu demi kebaikan.......tapi itulah yang berlaku.

Aku cuba dengan perlbagai pendekatan dan akhirnya dengan cara Authorian....tapi yang dapat BALA....aku sendiri.
Sekarang aku difitinah dengan pelbagai Fitnah yang aku tidak lakukan atau terlintas untuk aku lakukan.

Aku kena jawab semua fintnah yang dilontarkan kerana mereka hantar kepada pengarah dan pengurusan.........Aku Sedih, aku Malu dan Putus Asas.

Aku rasa lebih sedih, Bekas Student aku pun tak sokong aku.
Student yang paling banyak aku tolong dan didik dan yang paling aku sayang pun dah berpaling tadah.........Teringat aku dengan tulisan Prof Kamil Ibrahim.......

Ya....Allah, aku tiada kepentingan selain daripada ingin melihat profesion berkembang maju dan dihormati

wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa dan mengapa

Pelik dan pelik lagi dengan perangai-perangai manusia-manusia yang ada disekeliling aku ni.

Tapi aku pelik dan terus berfikir, kenapa dia selalu bertindak negatif.....!

Monday, June 21, 2010

Refleksi III

Lama aku berdiri sambil membelik-belik buku di sebuah Kedai Buku di Kompleks Bandar Baru Bangi

Aku terpandang buku Dr. Fazilah Kamsah....bertajuk pemimpin berkarisma.......sempat juga akan baca sedikit.........nanti aku bercadang nak beli

........karisma dan pemimpin.....laksana....cahaya dan Lampu, kata Dr. Fazilah Kamsah

puas aku fikir.......sambil aku drive balik pn aku berfikir........apa itu cahaya dan lampu........aku cuba menganalisa secara mendalam dan saintifik

........yang aku boleh fikir....Bila kita On suis lampu....kita akan diterangi dengan cahaya dan lepas itu kita lupa.....peranan yang dimainkan oleh lampu...hairan ya.....aku fokus pada diri aku sendiri.........tapi aku cuba refleks terhadap perkataan karisma...yang dicakap oleh Dr. Fadzilah tu........pening aku.


Tapi aku terbaca juga.........KERJA tanpa perancangan seumpama angan-angan dan kerja dengan perancangan itulah matlamat dan bermatlamat.....pening aku fikirkan.

Bukan aku tak tahu jawapannya tapi....cuba menganalisa diri....mengenal kelemahan dan kekuatan diri.........selama ni aku rasa aku yang terbaik...

Tapi ramai yang tak suka.......termasuk bekas-bekas student aku.....

Ya Allah....berilah aku kekuatan dan kebijaksanan....untuk menghadapi semua ini...terutama semua fitnah yang dilemparkan kepada aku.....semua yang aku tak pernah buat.

Yang aku tahu....Aku sayang student aku....aku nak bimbing mereka jadi yang terbaik

Itulah saham aku untuk kemudian hari

wassalam

Monday, June 14, 2010

Fitnah dan memfitnah, kenapa ya....
Kenapa dan mengapa kita harus fitnah dan menfitnah, semata-mata kerana status dan keselesaan.

Entahlah....selalunya kita takut dan tidak mahu dengan perubahan. Kebiasaannya juga orang yang melakukan perubahan menjadi mangsa kepada keadaan.

Yang nyata akulah yang menjadi mangsa.....aku cuba mengubah sesuatu yang baik dan selesa kepada yang lebih baik dan lebih selesa. Tapi akhirnya aku menjadi mangsa kepada mereka dan aku difintah dengan sesuatu yang aku tak buat dan tak niat aku nak buat.

Aku cuma pentingkan "Core Business" sebab dalam semua hal....setiap kali mesyuarat aku akan dipasakkan atau sentiasa diingatkan oleh Boss aku mengenai kepentingan Core Business dan kepenting perkhidmatan. Oleh itu aku pentingkan dan sedarkan semua staff-staff aku megenai "Daily Routine", "Routine", "Experince", "skill" and "Competence". Aku pentingkan compentence sebab, bila kita kerja berkaitan dengan competence - ia berkaitan rapat dengan "application of Clinical Reasoning" dan "Evidence Base".

Ini lah yang selalu kita silap.....dan akhirnya aku menjadi mangsa....mangsa fitnah dan memfitnah...."Ya Allah.....tunjukan aku jalan yang benar lagi lurus, Ya Allah tiada upaya aku melainkan menandah tangan memohon dari mu keampuanan dan petunjuk...

Tiada aku berniat untuk menunjuk-nunjuk....

wassalam