Search This Blog

flower

flower

Monday, June 14, 2010

Fitnah dan memfitnah, kenapa ya....
Kenapa dan mengapa kita harus fitnah dan menfitnah, semata-mata kerana status dan keselesaan.

Entahlah....selalunya kita takut dan tidak mahu dengan perubahan. Kebiasaannya juga orang yang melakukan perubahan menjadi mangsa kepada keadaan.

Yang nyata akulah yang menjadi mangsa.....aku cuba mengubah sesuatu yang baik dan selesa kepada yang lebih baik dan lebih selesa. Tapi akhirnya aku menjadi mangsa kepada mereka dan aku difintah dengan sesuatu yang aku tak buat dan tak niat aku nak buat.

Aku cuma pentingkan "Core Business" sebab dalam semua hal....setiap kali mesyuarat aku akan dipasakkan atau sentiasa diingatkan oleh Boss aku mengenai kepentingan Core Business dan kepenting perkhidmatan. Oleh itu aku pentingkan dan sedarkan semua staff-staff aku megenai "Daily Routine", "Routine", "Experince", "skill" and "Competence". Aku pentingkan compentence sebab, bila kita kerja berkaitan dengan competence - ia berkaitan rapat dengan "application of Clinical Reasoning" dan "Evidence Base".

Ini lah yang selalu kita silap.....dan akhirnya aku menjadi mangsa....mangsa fitnah dan memfitnah...."Ya Allah.....tunjukan aku jalan yang benar lagi lurus, Ya Allah tiada upaya aku melainkan menandah tangan memohon dari mu keampuanan dan petunjuk...

Tiada aku berniat untuk menunjuk-nunjuk....

wassalam

No comments:

Post a Comment